Friday, 24 February 2012

Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki?

Apakah maksud rezeki pada anda?. hah, ini satu soalan yang pastinya korang boleh je jawab. ada berpendapat bahawa rezeki tu bukan terhad pada wang dan harta.

Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta’ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam. 
Hakikatnya orang yang ‘memberi’ dan 'menyumbang' akan memperolehi pulangan dari Allah dalam bentuk yang amat pelbagai, juga mencakupi material dan spiritual.Jadi ingat kawan-kawan, jangan mengharap rezeki datang bergolek tanpa berusaha sesuatu. Mungkin anda sendiri memberi sumbangan juga kepada manusia. Paling jelas sekali peranan 'memberi' dan 'menyumbang' perlu ada syarat sendiri iaitu

1) Ikhlas kerana allah.
2) Ia berupa sumbangan kearah kebaikan dalam hukum islam.

Apabila anda melakukan 2 pekara ini, insyallah peluang rezeki akan sentiasa terbuka dimana-mana anda berada.Sumber berkat penting dalam kehidupan dan harta.

PS: orang-orang tua berpendapat bahawa rezeki tu datang daripada apa yang kita makan pada hari itu. Jika kita makan sedap, contohnya KFC. itulah rezeki yang ada pada hari itu.

Sekian. Entry saya untuk hari ini. ada apa-apa nak tambah sila lah komen. :)

No comments:

Post a Comment